Support My Blog

Wednesday, February 27, 2013

MAS COTEK - PANDUAN ASAS (1)

MAS COTEK atau EMAS COTEK (Ficus deltoidea) dari keluarga Moraceae merupakan sejenis tumbuhan natif di Asia Tenggara yang kini digunakan untuk dijadikan bahan makanan kesihatan. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Serapat, Sempit-sempit dan Agoluran (Sabah) dan telah dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Tumbuhan ini dulu tumbuh liar dikawasan belukar dan kini telah dikomersilkan merupakan tumbuhan epifit (Ephyphyte) yang hidup menumpang pada tumbuhan lain asalnya. Kini ia telah ditanam diatas tanah secara komersil dan dijaga rapi untuk menghasilkan pelbagai produk mas cotek apabila ianya diproses.  Tanaman mas cotek boleh mencapai ketinggian sehingga 2 - 3 meter dan mempunyai banyak ranting, dahan dan daun. Bentuk daun mas cotek agak unik kerana ada berbentuk bulat, bentuk bujur telur , berbentuk lonjong atau pun tidak menentu bentuknya . Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat sementara dipermukaan bawah berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam diantara urat daun terutama yang bercabang. Artikel malam ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai panduan menanam mas cotek berdasarkan risalah Jabatan Pertanian dan pengalaman penulis sendiri yang memberi khidmat nasihat kepada ramai penanam mas cotek disekitar Johor dahulu dan juga ada menanam pokok ini didalam pasu keliling dirumah.


Daun mas cotek lebar
(Daun Betina).
Pokok Mas Cotek mempunyai daun yang sering digunakan sebagai 'Teh Mas Cotek' bersama ranting dan dahan kecil. Bunganya terbentuk dibahagian ketiak tangkai daun sama dimana ianya tunggal (single) atau berpasangan (Paired). Bunganya berwarna hijau muda dan bertukar kepada kuning  atau merah apabila matang.  Ada banyak dakwaan daun mas cotek yang dikatakan jenis betina berbentuk 'BULAT' sementara daun mas cotek yang jenis Jantan mempunyai daun yang 'KECIL dan TIRUS' (Lihat foto disebelah). Saya ada menanam kedua-dua jenis pokok tersebut dalam pasu di rumah selama 4 tahun kini umurnya. Tumbuhan lasak ini sesuai ditanam dikawasan tanah bertekstur ringan serta mempunyai saliran yang baik. Pokok akan rosak jika terendam dalam air akibat banjir.  Taburan hujan bulanan dengan kadar 180 - 200 cm sebulan sesuai untuk penanaman mas cotek. Tanah Bris, Tanah Gambut dan tanah mineral sesuai untuk penanaman mas cotek.


Penanaman mas cotek boleh menggunakan bahan tanaman daripada BIJI BENIH atau KERATAN RANTING atau KERATAN BERPUCUK MUDA. Penggunaan keratan ranting pucuk muda didapati palin popular kerana ianya cepat pertumbuhannya dan menjamin ketulinan baka mas cotek.  Keratan ranting muda sesuai untuk ditanam diladang selepas  7 - 8 minggu dipetak semaian. Laporan menunjukkan benih dihasilkan daripada biji benih perlukan masa lama untuk dialihkan keladan sekitar 12 - 14 minggu didalam nurseri. Penanaman mas cotek diladang  yang ada batas penanaman. Jarak penanaman adalah 1.2 m dalam barisan dan 2 meter diantara barisan batas. Anggaran keperluan anak benih sebanyak 4,200 pokok sehektar.  Jika tanah jenis berpasir (Bris)  atau tanah bekas lombong digalakkan untuk membubuh tandan kelapa sawit reput sebanyak  5 - 7 kg sepokok untuk mengurangkan larutresap dan membekalkanbahan organan kepada tanah tersebut.


Jika ditanam pada tanah pasir, dua jenis baja disyorkan untuk tanaman mas cotek adalah baja organan (tahi ayam) dan baja kimia sebatian. Kadar tahi ayam diberikan sebelum menanam dan setiap 6 bulan dengan kadar 10 metrik tan sehektar.  Kadar baja sebatian kimia seperti NPK 10:10:10 dengan kadar 2,000 kg sehektar boleh digunakan yang diberikan setiap 6 bulan. Dikawasan tanah gambut kadar baja NPK perlu kerana bahan organan dalam tanah banyak (Lihat Foto Sebelah). Pertumbuhan mas cotek sepat pada musim hujan kerana ini memberikan bekalan air  mencukupi untuk pertumbuhannya. Jadual pemeriksaan perosak dan penyekit perlu dijalankan terutama keujudan jelaga hitam terutama jika pokok terlalu rendang dan jarak tanaman terlalu rapat.  

TANAM MAS COTEK.... HERBA KESIHATAN...

BOLEH GUNA BIJI... BAIK LAGI KERATAN....
JARAK TANAMAN... PERLU DISESUAIKAN...
BAJA TAHI AYAM.... DIBUBUH IKUT SASARAN...

By,
M Anem
Kg Sg Balang,
Muar, Johor,
Malaysia
(2 Safar 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...