Support My Blog

Tuesday, April 10, 2012

KHASIAT BELIMBING

BELIMBING (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang ditanam untuk kegunaan segar di Malaysia. Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 1,256 hektar tanaman belimbing dengan tumpuan utama di Selangor. Tanaman belimbing ini telah menghasilkan sebanyak 14,270 metrik tan yang bernilai RM 15.6 juta pada tahun 2011. Malaysia merupakan negara pengekspot utama belimbing ke Eropah semenjak sekian lama dimana belimbing tersebut digunakan sebagai 'garnishing' dan bukan untuk dimakan segar seperti kegunaan domestik. Artikel subuh ini saya meulis khasiat yang ada pada belimbing untuk tatapan dan bacaan anda. Maklumat ini merujuk kepada sebuah buku karangan Ong Hean Choi yang saya beli dari kedai buku minggu lepas.


Penanaman belimbing lazimnya ditanam menggunakan anakbenih datipada tut walau pun ada yang cuba gunakan biji. Pokok penanti dari biji akan dicantum dengan klon terpilih seperti VArieti B10 atau B17. Varieti B2 selalu digunakan sebagai pokok pendebunga kepada 2 varieti utama tadi. Pokok belimbing berbuah selepas 1.5 - 2 tahun di tanam dan mempnyai 2 puncak pengeluaran utama dalam setahun. Masaalah serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) merupakan isu penanaman belimbing dan buahnya perlu dibalut dengan kertas untuk elakkan serangan lalat buah.


Pokok Belimbing sederhana besar dengan ketinngian mampu mencapai 15 meter tetapi lazimnya dibuat cantasan intensif untuk ketinggian optima 2 meter sahaja. Ini kerana kerja membalut buah dan pengurusan lain mudah dilakukan. Dahan yang tumbuh menegak perlu diikat untuk melempai kebawah. Daun belimbing adalah jenis majmuk dimana terdapat 3-6 pasang daun satu tangkai. Bunga belimbing dalam jambak yang berwarna merah muda dan ungu ditengahnya dikeluarkan dari dahan, batang dan ranting pokok.  Buah Belimbing mempunyai 5 segi yang berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan emas apabila cukup matang.


Setiap 100 gram buah belimbing mengandungi 90% air, 0.75% Protin, 0.7% serabut dan 3.5-11% gula. Rasa masamnya kerana kandungan asid citrik bagi buah muda. Kebanyakan varieti B10 dan B17 yang ditanam adalah jenis belimbing manis apabila cukup matang.  Jenis ini mengandungi asid citrik yang rendah tetapi tinggi kandungan asid oksalik.  Zat Kalium juga tinggi dalam buah belimbing. Selain iatu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin B juga signifikan tingginya dalam buah belimbing. Saya memang suka makan belimbing sederhana masak pada indeks 3,4 atau 5 kerana ada rasa masam manis.


Buah Belimbing mengandungi banyak khasiat terutama vitamin A yang didakwa berupaya mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair dan kitaran ion dalam saluran darah. Lazimnya kita makan buah belimbing segar terus atau di kisar untuk dijadikan jus belimbing. Cara lain makan belimbing dengan dijadikan 'dessert' bersama buah-buahan lain. Ada juga buah belimbing diproses untuk dijadikan jem, jeli dan manisan seperti halwa.  Buah muda pula ada yang dibuat acar untuk dimakan dengan nasi. Buah belimbing muda yang masam boleh digunakan sebagai bahan pencuci untuk perkakas berasaskan logam.


Dalam pada itu belimbing mempunyai khasiat perubatan dimana buah belimbing yang ditumbuk lumat dan ditampal pada luka akan menghentikan pendarahan.  Kalau diletakkan pada bisul juga akan mencuci nanah. Buah belimbing yang dijadikan jeruk dengan garam dan dimakan akan meredakan perut selepas muntah atau mabuk. Jus belimbing (lihat foto) yang diminum menghilangkan kehausan dan sangat lazat. Ianya merangsang buang air kecil, penghasilan air liur dan mengatasi masaalah kulit yang kekurangan vitamin C.  Bunga belimbing yang direbus mampu membunuh cacing dalam perut dan usus kita.  Daun belimbing yang dilumatkan dan dicampur bahan lain boleh merawat demam panas dan kulit berbintil yang gatal.  Air rebusan bunga dan daunya juga mampu merawat muntah, batuk dan sakit kerongkong. 


By,
M Anem

Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...