Support My Blog

Tuesday, November 8, 2011

LEBAH - MADU LEBAH

MADU LEBAH (Honey) adalah hasil manisan yang di dapati daripada nektar bunga tumbuh-tumbuhan dihasilkan oleh Lebah Madu (Apis spp.) dan dipercayai merupakan sumber makanan yang sangat berkhasiat. Perkara Madu Lebah telah di kenali semenjak beribu-ribu tahun dahulu dan telah di sebut didalam Al Quran iaitu Surah Al-Nahl (Madu Lebah) supaya kita dapat mengamalkan makan madu untuk kesihatan. Hal madu juga telah disebut dalam pelbagai agama lain dan kepercayaan mengenai madu lebah dan kaitannya dengan kesihatan. Di Malaysia madu lebah dihasilkan oleh beberapa jenis lebah iaitu Lebah Tualang (Apis dorsata) atau pun lebah liar, Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Impot (Apis melifera). Madu Kelulut juga dihasilkan oleh serangga Kelulut (Trigona sp) iaitu madu berwarna kehitaman yang mendapat pasaran khusus bagi madunya dengan harga lebih mahal. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai madu lebah berdasarkan kepada pengalaman penulis sebagai aktivis yang pernah menternak lebah madu, pemerhatian persendirian dan pembacaan dari beberapa sumber.


Madu Lebah mempunyai rasa Manis daripada kandungan komponen 'Monosaccahrides fructose' dan juga glukos dan banyak komponen-komponen lain. Laporan rasmi oleh saintis menunjukkan setiap 100 gram madu lebah mengandungi sebanyak 304 Kcal tenaga (Bersamaan 1,2272 KiloJoule tenaga), Karbohiderat (82.4 g), Tiada Lemak , Protin (0.3 g), Air (17.1 g), Vitamin B2 -Riboflavin (0.036 mg), Vitamin B3 - Niacin  (0.121 mg), Vitamin B5- Asid Panthotenik (0.068 mg), Vitamin B6 (0.024 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan Vitamin B9 - Folate (2 mikrogram). Antara mineral yang terkandung dalam madu adalah seperti Kalsium (6 mg), Iron (0.42 mg), Mangnesium (2 mg), Kalium (52 mg), Posforan (4 mg), Zink (0.22 mg) dan Sodium (4 mg). Secara amnya madu lebah mengandungi Fruktos (38.2%), Gkulos (31.3%), Maltos (7.1%), Sukros (1.3%) dan Air (17.2%) serta ukuran tahap kemanisan antara 31-38 mengikut ukuran indek glycemik. Kemanisan madu adalah bergantung kepada jenis bunga disekeliling kawasan ternakn atau liar. Di Malaysia madu lebah tualang dikatakan paling berkhasiat kerana lebah tualang mengumpul beratus-ratus jenis nektar pelbagai bunga.


Pengkelasan Madu Lebah adalah berasaskan kepada jenis bunga tumbuhan dari mana nektar dikutip oleh lebah tersebut. Di negara-negara pengeluar madu lebah utama dunia seperti USA, Australia dan negara-negara maju lain industri ternakan lebah madu menjadi satu industri penting yang menghasilkan madu lebah untuk pasaran domestik dan ekspot. Madu lebah dari satu sumber bunga di panggil 'Monofloral Honey' sementara madu lebah dari banyak sumber bunga di panggil sebagai 'Polyfloral Honey' dan kombinasi antara keduanya atau gabungan dari banyak jenis madu di panggil 'Blended Honey'. Pengkelasan madu lebah juga dibuat mengikut kaedah pembotolan dan pemprosesan seperti Madu Kristal, Madu Mentah, Madu Pasturised, Madu Ultrasonik, Madu Tapis, Madu Kom dan banyak lagi. Di Malaysia kita cuma kenal madu dalam Botol yang berwarna coklat kekuningan di pasaraya atau madu asli dijual ditepi jalan atau dipasar. Harga Madu Lebah Tualang sekitar RM 20.00 - RM 50.00 sebotol dan ianya bergantung kepada kualiti dan kaedah pasaran.


Gred Madu Lebah lazimnya dibuat berdasarkan faktur Kandungan Air, Tahap Ketulinan, Rasa , Aroma/Bau serta kandungan Bahan Cemar. Diperingkat antarabangsa (USDA) membahagikan gred madu lebah kepada 4 kumpulan iaitu Gred A, B, C dan Sub-grade. Bagi Gred A madu mengandungi kurang dari 18.6% air, rasa dan bau sangat baik, warna jernih tanpa kandungan apa-apa perkara yang merbahaya. Madu Gred B mengandungi air kurang 18.6% serta rasa sederhana baik sementara Gred C mengandungi air kurang 20% dengan kualiti rasa sederhana baik. Pengkelasan Madu di Malaysia mengikut piawaian antarabangsa bagi kebanyakan madu impot (seperti Madu 'Capilano') yang banyak dijual dipasaraya tetapi piawaian untuk madu tempatan belum ujud lagi. Kebanyakan madu tempatan dijual dalam kaedah tradisional dan ujian makmal jarang dijalankan kecuali oleh beberapa usahawan madu. Madu asli di Malaysia masih menggunakan botol Sos atau Botol Besar untuk dijual.


Madu merupakan sumber makanan yang didapati mampu menyembuhkan banyak masaalah kesihatan manusia. Madu merupakan Sumber Tenaga (Energy Booster) terbaik dimana kandungan gula ringkas cepat diserap oleh tubuh kita yang keletihan akibat kerja atau aktiviti lasak. Pastikan mengambil satu sudu madu dicampur dengan air sebelum menjalankan aktiviti sukan bagi menambahkan tenaga. Madu juga mampu meningkatkan sistem imuniti badan kita dengan kandungan komponen anti-oksidan dan anti baktera didalamnya. Madu mampu bertindak sebagai pembersih (Cleanding tonic) dalam usus manusia disamping membantu dalam sistem penghadaman kita. Paling manakjubkan khasiat madu adalah ianya mampu menghalang pembiakan sel kanser (anti-tumor).


Dalam dunia perubatan moden telah dibuktikan bahawa madu lebah membantu merawat luka dan kebakaran pada tisu badan. Madu yang disapu pada bahagian luka akan menyerap air serta menghalang daripada berlakunya pembiakan bakteria. Dalam perbincangan saya dengan seorang pakar bedah di hospital mendapati madu asli disapu pada luka pengidap kencing manis serius membantu mengurangkan masaalah tersebut selepas pembedahan. Madu juga sangat berkesan untuk menyembuhkan sakit tekak (soar throats) dengan membunuh kuman yang terdapat pada tekak. Terdapat beberapa artis, penyanyi dan penceramah yang mengamalkan meminum satu sudu madu lebah sebelum memulakan aktiviti dan sangat berkesan dalam aktivitinya. Jika ada masaalah sukar hendak tidur malam amalkan meminum satu sudu madu tulin dengan susu lembu dan insyaalah akan mudah untuk tidur. Banyak lagi khasiat mengenai madu yang boleh kita cari dari sumber-sumber boleh dipercayai.


Madu Tulin merupakan madu yang dihasilkan oleh Lebah (Apis spp) dan Madu Tiruan adalah madu yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan manisan lain yang diproses seakan-akan madu tulin. Madu Tiruan diperbuat daripada bahan Pemanis yang mungkin terdiri daripada bahan Saccharin, Cyclamate, Artificial Metahnol, Sucralose, Sorbitol, Aspartame dan kombinasi diantaranya yang boleh menyebabkan masaalah seperti kanser, Batuk, Dehydration dan sebagainya. Ada dakwaan dari beberapa rakan yang aktif dalam industri ternakan lebah madu di Pusat Apiari Nasional menyatalan antara 50-60% madu lebah yang di jual di Malaysia adalah madu tiruan!. . .Betul ke begitu?. Jadi bagaimana kita hendak tahu keaslian madu lebah?...Akan dibincang pada posting akan datang. Wasallam!


Koloni lebah yang menghasilkan madu.
MEMANG MANIS....ITU MADU LEBAH...
ADA MADU ALSI...MADU TIRUAN BAH...
TERNAK SENDIRI...DI BELAKANG RUMAH...
BELI DI KEDAI...PASTIKAN  BERFAEDAH...


Related Articl:
1. Lebah Madu (Klik disini)
2. Bee Keeping Equipments (Click here)
3. Akibat Burung Walit (Klik disini)
4. Brix Meter (Klik disini)
5. Belalang Kunyit (Klik disini)


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
12 Zulhijjah 1432H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...