Monday, May 2, 2011

AVOCADO

AVOCADO (Persea americana L) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarna LAURACEAE yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Artikel ini saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai Teknologi Tanaman Avocado berdasarkan pembacaan dari beberapa buku dan laman sesawang dan pemerhatian saya mengenai pokok avocado di Pusat Pertanian Tangkak, Muar, Johor selama beberapa tahun.

Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia .

Terdapat 4 spesis utama tanaman Avocado iaitu Spesis GUATEMALAN (Persia nubigena var guatemalanisi L Wims), Spesis MEXICAN (Persea americana var drymifolia Blake), Spesis WEST INDIAN (Persea americana) dan Spesis HYBRID FROM EXISTS BETWEEN ALL TYPES (Hibrid antara ketiganya). Terdapat dua lagi spesis yang berkait rapat dengan tanaman avocadi iaitu COVO (Persea schiedeana Nees) dan juga ANAY (Beilcshmiedia anay Konter m). Di Malaysia terdapat tujuh (7) varieti yang telah di daftarkan untuk tanaman avocado seperti artikel saya bertajuk Klon Tanaman Avocado. Walau pun tanaman avocado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman kolonial terdapat usaha membangunkan tanaman ini yang di majukan di Stesyen-stesyen Pertanian.

Pokok avocado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hujau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan 'glossy' di bahagian atas permukaan daun. Bahagian bawah saun agaj cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti 'lanceolate', 'Epiliptik', 'Ocal', 'Ovate' dan juga bentuk 'obovate'. Buah Avocado mempunyai bentuk 'Pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garispusat. Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak. Kadang2 ada yang mempunyai titik2 kuning dan mempunyai ketebalan kulit lira2 6 mm.

Bunga Avocado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 'whorls' serta 3 'perianth lobes' dengan 9 stamen dan 2 'nectar glands' berwarna oren. Kaedah atau cara pendebungaan pokok avocado ada dua cara iaitu kaedah 'A' dan Kaedab 'B'. kaedah 'A' adalah dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga di keluarkan tengahari sementara Jenis 'B' dimana debunga di keluarkan pagi dan organ betina di buka waktu tengahari. Daripada 11 spesis avocado sebanyak 5 spesis adalah mempynyai bunga jenis A dan 6 spesis jenis B.

Ciri-Ciri buah avocado yang dikehendaki oleh pengguna mestilah buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan urban atau kotaraya. Buah yang terlalu besar atau terlalu kecil digunakan untuk tempatan bagi keluarga yang besar. Kulit buah avocado sebaiknya licin, nipis atau sederhana nipis serta berwarna kehijauan memeng di minati pengguna. Isinya tidak ada serat atau fiber , mengandungi minyak rendah serta mempunyai rasa sedap. Biji sebaiknya bersaiz kecildan tidak mengganggu isi buah semasa proses penghantaran, grading dan pengendalian lepas tuai. Tidak ada ruang antara biji dengan isi. Buah mesti tahan suhu dingin dan tanah lasak.

Antara kultivar yang terdapas adalah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton, Avocado Reed (Kategori A). Bagi Kultivar Kategori B pula ialah kultivar Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia di bawa masuk dari negara tersebut tetapi banyak kultivar yang disesuaikan dengan keadaan di Indonesia dan Filipina.

Pokok sebolehnya tidak terlalu tinggi dan sesuai di tanam dan tidak terlalu padat atau merimbun. Penghasilan buah sebaiknya cepat dan kurang diserang sebarang penyakit seperti mati pucuk dan tahan cuaca sejuk terutama di kawsasan sub-tropika. Jika cuaca terlalu sejuk serta berangin akan menjejaskan proses pendebungaan pokok avocado. Buah muda juga akan gugur jika cuaca terlalu sejuk minus 1 celcius. Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mempunyai iklim dan cuaca dikehendakki untuk tanaman avocado bermutu iaitu di Selatan Sepanyol, Crete dan Levant, Peru dan Afrika Selatan. Kawasan lain yang sesuai seperti di Selatan India, Sri Lanka, Australia, New Zealand , Filipina, Malaysia, Indonesia, Amerika Tengah, Caribean, Arizona, Mexico, New Mexico, Texas, Florida dan Ecuador. Setiap region mempunyai kultivar tersendiri.

Penanaman menggunakan biji benih atau keratan (Grafting) yang di pilih dari pokok induk yang di kenalpasti. Jarak Pernanaman disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar. Lubang penanaman diisikan dengan baja organik dan MOP sebelum di tanam dengan anak benih. Jalankan penyiraman peringkat awal dan sebaiknya bubuh sungkupan. Tanaman selingan seperti pisang, jagung atau lain-lain tanaman kontan boleh di tanam diantara barisan. Kawal rumpai dan jalankan program cantasan pembentukkan. Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Baja buah NPK 12:12:17:2 dan baja organik juga diberikan ikut syor.

Pokok avocado dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1,200 biji buah sepokok setahun. Kajian penulis di beberapa negara mendapati purata hasil avocado yang di tanam secara komersil sebanyak 7 - 20 metrik tan sehektar setahun. Kawasan dusun avocado yang di jaga dengan baik di negara strategik mampu menghasilkan sehingga 20 mt sehektar setahun. Pokok avocado memang mempunyai masaalah penghasilan buah berselang tahun (Biennial bearing) dimana pengeluaran puncak dan pengeluaran kurang berlaku berselang tahun. Isu ini menyebabkan harga buah avocado di pasaran kadang-kadang terlalu tinggi dan terlalu murah akibat fenomena ini. Sedapnya minum jus avocado ais ?


TANAM AVOCADO....DITEPI TAMAN....
BUAH DI KUTIP....TERUS DI MAKAN.....
SIAPA MAKAN....ENAK DAN KENYANG...
SIAPA TIDAK SUKA...MAKA BO LAYAN...

By,
M Anem
Serdang
Selangor

2 comments:

Afwan Wali Hamim said...

wah... enak.. enak...hehe

http://tech-mobile.blogspot.com/

Mastika Taman Melati said...

salam. dimana saya boleh beli benih avacado di KL?

Alias

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...