Saturday, September 11, 2010

PROSES PENDEBUNGAAN

PROSES PENDEBUNGAAN atau Pollination adalah satu proses dimana debunga daripada bunga jantan tumbuh2an dipindahkan kepada bunga betina yang berlaku secara semulajadi atau berbantu bagu menghasilkan bunga dan buah sebagai satu proses persenyawaan. Telah beribu-ribu tahun berlaku proses pendebungaan pada tumbuhan untuk mempastikan tumbuhan menjalankan proses seksual dan proses ini digunakan oleh manusia secara saintiifik untuk menjalankan pembiak bakaan tumbuhan (plant breeding) . Artikel kali inni penulis berkongsi maklumat berkaitan proses PENDEBUNGAAN pada tumbuhan berdasarkan pembacaan dan pembelajaran ketika di universiti dulu dan pengalaman semasa bertugas dalam sektor pertanian.

Proses pendebungaan berlaku apabila DEBUNGA (pollen grains) yang mengandungi GAMET JANTAN (gametes - atau mudahnya dipanggil sperma jantan) dipindahkan ke GAMET BETIINA (atau sperma betina) yang mengandungi sel2 diproses dalam OVUL (ovule) bunga betina. Bahagian yang terlibat pada bunga betina di panggil sebagai STIGMA iaitu bahagian dalam bunga betina yang menerima debunga tersebut melalui filamen atau sesalur khas. Khususnya bahagian yang menerima debunga pada akhirnya ialah bahagian MIKRIPAIL (micropyle). Proses pendebungaan adalah satu kemestian pada tumbuhan. Proses ini berlaku dengan adanya bunga jantan dan bunga betina yang akhirnya akaan menghasilkan biji benih yang akan tumbuh selepas cukup matang.

Kerja mengkaji proses pendebungaan perlukan kesabaran, ilmu pngetahuan dan kemahiran (skill) seperti pengetahuan dalam bidang Agronomi, Hortikultur, Ilmu Serangga (entomology) dan Ilmu alam semulajadi atau Ekologi. Kepakaran ilmu penting bagi saintis yang menjalankan kajian biakbaka (Plant breeding) bagi menghasilkan benih baru yang mempunyai ciri2 yang dikehendakki seperti rintang penyakit, hasil yang tinggi, kualiti yang baik, tahan kepada atau adaptasi cuaca buruk, masa tuaian yang cepat, kurang risiko kerosakkan dan sebagainya. Proses pendebungaan juga melibatkan agen (vektor) seperti serangga & haiwan untuk membantu menjalankan pendebungaan. Bunga yang dikeluarkan oleh tumbuhan menarik vektor dengan rupabentukl menarik (Warna Cerah, Cantik, Menarik) atau mengeluarkan aroma atau bau khusus menarik haiwan atau mengeluarkan madu atau nektar bagi dikutip serangga dan sebagainya.
Proses pendebungaan adalah satu faktur yang sangat penting dlam menentukan hasil tanaman petani. Ada petani yang menjalankan proses pendebungaan untuk mendapatkan madu dan debunga dengan menternak lebahmadu disambing membantu meningkatkan proses pendebungaan di ladang-ladang buah2an seperti belimbing, anggurm paers, apple dan banyak lagi. Kadar kejayaan dalam pendebungaan akan menentukan hasil yang akan dituai. Para penyelidik sentiasa meningkatkan kajian mengenai pendebungaan untuk mendapatkan anak benih yang dikehendakki oleh petani. Kajian biak baka biasanya dijalankan beberapa pusingan di makmal dan plot contoh sebelum ianya stabil dan bolehh diedarkan kepada para petani untuk pengeluaran komersial.

Proses Pendebngaan berlaku dalm 2 keadaan iaitu Kaedah Tersendiri atau (Abiotic pollination) atau Cara Mekanikal (Mechanical pollination). Kaedah Pendebungaan tersendiri adalah dimana pendebungaan akan berlaku secara semulajadi sendiri tanpa bantuan agen lain atau vektor pendebungaan tetapi tumbuhan jenis ini cuma 10% sahaja. Hampir 90% tumbuhan melakukan pproses pendebungaan melalui kaedah mekanikal sama ada oleh angin atau haiwan. Angin merupakan kaedah terbanyak terlibat dengan pendebungaan dengan debunga jantan yang ringan diterbangkan oleh angin untuk diterima oleh bunga betina (Hampir kesemua tanaman bijirin - padi, gandum, jagung dll).

Kaedah Pendebungaan lain adalah melibatkan air atau di panggil sebagai Hydrophily dimana tumbuhan jenis ini akan melepaskan debunga dalam air bagi tumbuhan akuatik. Bagaimanapun hanya 2% sahaja tumbuhan yang menjalani pendebungaan cara ini (aquatic plants). Tumbuhan ini biasa terdapat dikawasan berair atau kawasan paya yang ujud.

Pendebungaan BIOTIK (biotic pollination) adalah proses dimana proses pendebungaan memerlukan haiwan atau organisma lain untuk membawa debunga jantan dari bunga jantan kepada penerima debunga iaitu bunga betila (Bahagian PISTIL). Sindrom tarikan serangga, haiwan dan organisma berlaku secara semulajadi dimana kedia-dua pihak mendaapat menaafaat. Serangga akan mendapat makanan seperti nektar, pollen/ debunga sebagai sumber makanan semantara tumbuhan dapat menjalankan pemindahan debungan secara rawak dan semulajadi.

Terdapat sebanyak lebih 200,000 jenis haiwan atau serangga yang terdapat didunia terlibat sebagai agen pendebunga secara liar dan semulajadi. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada haiwan tersebut adalah SERANGGA (insects). Serangga akan mendatangi bunga bagi sumber makanan dan berpindah dari satu bunga kebunga yang lain. Beberapa jenis serangga utama ialah LEBAH dan Tabuan serta SEMUT. Lain2 serangga seperti KUMBANG (Coleoptera), KUPU2 atau RAMA-RAMA (Lepidoptera) dan LALAT (Diptera). Jjenis burung juga membantu proses pendebungaan dengan memakan buah-buahan dan memberakkannya ditempat lain dan debunga akan melekat pada badan burung untuk di sebarkan kebagahian bunga lain. Binatang lain adalah seperti Beruang, Tupai, Tikus, Keluang, Kelawar, Musang, Labah-labah dan banyak lagi.

Kaedah Pendebungaan Mekanikal (Mechanical Pollination) melibatkan proses Pendebungaan Bertingkah (cross-pollination) atau Pendebungaan Dalaman (Self-pollination). Pendebungaan Bertingkah dimana debunga dari tumbuhan lain dibawa kepada tumbuhan yang lain dengan keluarga yang sama. Cara ini dapat menghasilkan varieti2 baru akibat sumber debunga yang berbeza2.

Pendebungaan sendiri adalah proses dimana debunga jantan dan bunga betina terdapat dalam satu kuntum bunga dan tidak memberikan peluang guntuk debunga lain masuk. Debunga jantan akan terus dibawa masuk kedalam stigma dan prosen persenyawaan seterusnya berlaku. Tumbuhan ini dapat mengekalkan ciri-ciri semulajadi sedia ada dan kadang-kadang mempunyai ciri2 khusus yang berterusan.
Proses pendebungaan adalah satu proses yang penting dalam tumbuh2an dimana ianya dapat membantu meningkakan hasil tanaman dan penting dalam proses biakbaka. Kesedaran petani dan saintis di Malaysia perlu bagi mempastikan negara kita akan dapat mengeluarkan makanan yang mencukupi dan varieti2 baru agar bekalan makanan negara terjamin.


By
M Anem
Melaka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA