Support My Blog

Tuesday, September 7, 2010

HALIA (Ginger)

HALIA (Zingiber officinale) dari keluarga Zingiberaceae merupakan sejenis tanaman umbisi yang diketegorikan juga sebagai tanam Herba. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Selatan dan kemudian di sebarkan penanamannya keseluroh dunia. Tanaman halia adalah satu komoditi yang dianggap penting di Malaysia kerana pasaran domestik dan juga ekspot. Tanaman halia di negara kita hanya popular ditanam di kawasan berbukit di Bentong, Pshsng dsn Kundasang, Sabah yang seterusnya membawa nama Halia Benting dan Halia Sabah. Malaysia tidak mempunyai bekalan mencukupi uuntuk pengeluaran halia bagi tujuan proses dan kebanyakkan pihak industri perlu mengimpot halia dari luar nrgara dalam bentuk halia kering, halia serbuk atau bentuk lain. Sata ada banyak menulis mengenai hali yang anda boleh link sahaja (Sila klik paparan dibawah). Pada saya minum air halia atau susu sarbat adalah paling menyeronokkan dan amat enak. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dengan pembaca dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman halia berdasarkan pengalaman penulis dalam sektor pertanian selama hampir 30 tahun dalam bidang AGRONOMI dan pengembangan pertanian.

Tanaman halia memang terkenal di dunia dengan khasiat perubatannya dan digunakan dalam masakan kita hampir setiap hari. Pengeluaran halia didunia sebanyak 1.4 juta metrik tan setahun dengan Negara India sebagai pengeluar utama didunia (420,000 mt/tahun atau 30% pengeluaran dunia) diikuti dengan China (285,000 mt/tahun) dan Indonesia (177,000 mt setahun). Negara-negara pengeluar halia lain yang banyak seperti Nepal, Nigeria, Bangladesh, Jepun, Thailand, Sri Lanka dan Filipina. Tanaman halia di Malaysia sekitar 2,560 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,956 metrik tan. Kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia adalah Daerah Bentong (Janda Baik, Pahang) dan Sabah. Pokok halia merupakan jenis pokok renek yang mempunyai batang berwarna hijau jenis lembut dari perdu yang boleh tumbuh sehingga ketinggian 1-2 meter. Daunnya berbentuk tirus berwarna hijau yang keluar dikiri dan kanan batang pokok dengan lebar 10-15 cm dan panjang 0.5m - 1 meter. Bunga halia terbentuk apabila pokok matang di bahangian pucuk dan berwarna kuning kemerahan. Akar halia merupakan akar serabut yang terletak pada rizom halia dalam tanah. Rizom halia merupakan bahagian penyimpananan makanan yang terletak di perdu pokok mempunyai isi berwarna kuning peputihan dan kulit berwarna coklat kekuningan yang nipis dan lembut.

Kajian penulis dalam beberapa artikel mendapati halia mengandungi bahan kimia yang dipanggil sebagai zingerone, shogoals dan gingerols serta minyak pati halia (3%) yang sangat berguna untuk kesihatan manusia. Contohnya gingerols sangat baik untuk usus penghadaman dan membunuh bakteria toksik yang ada dalam perut. Minyak halia pula sangat baik untu kanser kulit. Cara penggunan halia sama ada sebagai bahan masakan, di jeruk, di buat jus minuman, di buat tepong (Indonesia banyak buat seperti lawatan penulis di SPAT, Surabaya), pes halia, dibuat gula-gula halia, kueh, makanan kering dan banyak lagi. Di Malaysia saya paling suka dengan 'Air Sarbat' iaitu minuman susu dengan halia sama ada sarbat susu atau sarbat teh (foto diatas) ...Wow! sedapnya.

Penanaman halia menggunakan benih dari rizom pokok yang telah matang berumur lebih dari 8-9 bulan. Penanaman halia di Malaysia adalah untuk pengeluaran HALIA MUDA (Dituai kurang 6 bulan) dan HALIA TUA .Kawasan penanaman halia mestilah tidak mudah ditenggelami air dan mempunyai sistem pengairan serta saliran yang baik. Tanah mineral berpasir yang gembur sesuai untuk penanaman halia. Jarak tanaman disyorkan adalah 0.25 meter x 0.5 meter dan memberikan sebanyak 60,000 pokok sehektar . Benih sebanyak 3,000 kg/ha ditanam dengan meletakkan rizon benih yang berukuran 5-10 cm panjang kedalam lubang penanaman. Tanaman halia perlukan baja organik sebanyak 3-4 metrik tan/hektar. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 0.5 mt/ha dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 1.5 mt/ha digunakan dalam penanaman halia. Semburan racun pra-cambah sebelum menanam untuk mengawal rumpai diperingkat awal penanaman dengan atrazine dan sebagainya. Penyiraman dibuat selepas penanaman atau menjadualkan peanaman dengan musim hujan jika tiada sistem pengairan. Pengairan tidak diperlukan apabila pokok halia hampir matang.


Tananam halia mempunyai dua jenis penyakit iaitu Penyakit Layu Bakteria (Ralstonia solanacerum) yang menyerang bahagian daun yang akan menjadi kering perang keemasan kemudian layu. Jika diserang penyakit ini batang dan rizom akan menjadi lembik dan busuk dan boleh dikawal dengan menggunakan anakbenih dari pokok yang bebas penyakit, musnahkan segera pokok yang kena jangkitan dan elakkan menanam halia dikawasan yang sama dan perbalki saliran di kebun. Penyakit Reput Akar (Phythopthora spp) juga menyerang bahagian akar menyebabkan akan menjadi reput dan kawalan dengan Amalan Pertanian Baik (APB) atau menjalankan giliran tanaman. Terdapat sejenis sahaja perosak tanaman halia iaitu Ulat Pengorek Batang (Dichocrosis puntiferalis) yang mengorek batang halia dan mengeluarakan najis pada lubang dikawal dengan giliran tanaman. Halia tiada serangan serious dalam bahagian umbisi.


Analisa ekonomi tanaman halia mendapati dengan 15,000 kg /ha hasil dituai dan purata harga ladang RM 2.50 /kg memberikan anggaran pendapatan kasar tanaman Halia Tua sebanyak RM 37,500.00 dengan kos pengeluaran sebanyak RM 23,778.00 memberikan keuntungan bersih sebanyak RM 12,553.00 sehektar. Kos benih (RM 7,500.00/ ha) dan kos buruh (RM1,200.00 / ha) untuk menuai merupakan komponen utama dalam aktiviti penanaman halia di Malaysia. Keuntungan setiap RM 1.00 dilaburkan dalam tanaman halia memberikan pulangan sebanyak RM 1.50 dan kos pengeluaran bagi setiap kilogram tanaman halia adalah sebanyak RM 1.66. Penanaman halia tua agak menguntungkan berbanding dengan penanaman halia muda. Industri tanaman halia di Malaysia masih pada tahap sederhana dimana pengeluaran segar masih belum mencukupi. Ada pada ketika halia dari Sabah dibawa masuk ke Semenanjung untuk menampung kekurangan halia segar. Walaupun tanaman ini seolah-olah mudah ditanam tetapi masaalah benih dan buruh serta ambil masa lama (8-10 bulan) kurang menarik minat ramai petani. Tanaman halia juga boleh di tanam di keliling rumah sama ada diatas tanah atau dalam pasu. Tanaman halia mempunyai pakej teknologi yang agak lengkap cuma perlu dicari varieti baru yang mampu menghasilkan rizom yang lebih tinggi dan cepat dituai. Semuga artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Wasallam.
NAK TANAM HALIA...DIDALAM PASU...
MINUM AIR HALIA....BADAN TAK LESU...
HALIA MUDA...HALIA TUA TETAP LAKU...
TEKNOLOGI HALIA...PERLU DI BURU...

Related articles:
1. Lengkuas (Klik disini)
2. Lempoyang (Klik disini)
3. Serai (Klik disini)
4. Lobak Merah (Klik disini)
5. Bawang Merah (Klik disini)

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, 
Putrajaya, WP,
Malaysia
(Kemaskini pada 28 Oktober 2014)
(Tanam bawang di Mersing 1999)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...