Support My Blog

Friday, July 9, 2010

NENAS DI SARAWAK


Nenas Pada yang ppopular di Sarawak dan memasng manis.


Nanas (Ananas cosmosus) merupakan sejenis tanaman yang ditanam di banyak negara didunia. Negeri Johor merupakan paling luas menanam nenas dan merupakan pengeluar utama nenas di Malaysia. Terdapat seluas 6,876 hektar kawasan penanaman nenas di Malaysia pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 122,876 mt. Selain Johor Sarawak merupakan satu negeri yang menanam nenas. Artikel ini menceritakan industri tanaman nenas di Sarawak yang mana saya telah bertugas di Sarawak selama 2 tahun berpengalaman membuat aktiiviti pengembangan tanaman ini.

Di Sarawak terdapat satu jenis nenas di panggil 'Nanas Pada' iaitu nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nanas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat. Nanas ini telah ditemui oleh Encik Pada b. Isut, salah seorang penanam nanas terbesar di Sg Aba berdekatan dengan Dalat. Keseluruhan nanas adalah manis, lembut dan berisi. Daripada ciri-ciri ini, Nanas Pada telh dibiakkan oleh Encik Michael Muli.

Ciri-ciri pokok pokok nanas yang matang mempunyai daun yang tirus dengan tompokan merah gelap sepanjang tengah permukaan daun dan berwarna perak kelabu dipermukaan bawah daun. Daun-daun tajam dengan duri-duri di kedua-dua margin. Jambak bunga, berwarna merah jambu dan mengandungi 100-170 kuntum bunga. Daun-daun braktea di pangkal jambak bunga berwarna merah. Mahkota, hijau dan berbentuk kon, 10-15 cm panjang. 3-5 sulur biasanya dikeluarkan oleh setiap pokok nanas.

Ciri-ciri buah Nanas Pada berbentuk hampir selinder dengan saiz sederhana. Buah yang belum matang berwarna hijau gelap hingga kuning coklat dan akhirnya masak berwarna kecoklat-coklatan merah. Buah boleh dituai apabila 2-3 belah mata mula berwarna kuning kecoklat-coklatan. Buah masak sepenuhnya seberat 1.5 kg - 2.5 kg dengan isi berwarna kuning keemasan, sedikit rangup dan sangat manis (Brix 17-23%).


Pembajaan nenas sebelum menanam menggunakan Rock Phosphate sebanyak 20 gm/pokok dan baja Dolomite 10 gm/pokok serta baja organic Tahi Ayam sebanyak 5 kg/pokok/tahun. Pada tahun pertama baja NPK 15:15:15 sebanyak 0.5 kg/pokok setahun diberikan sebanyak 3 kali aplikasi. Tahun ke dua juga gunakan baja NPK 15:15:15 sebanyak 1.5 kg/ pokok/ tahun sebanyak 3 kali aaplikasi. Pada tahun ketiga baja buah NPK 12:12:17:2 diberikan dengan kadar 2.5 kg/pokok/ tahun sebanyak 4 kali aplikasi. Baja buah ini diberikan sebanyak 2.5 kg pada tahun ke 4 sehingga 6 kg/pk/ tahun pada tahun ke 6 dan setyerusnya. Sebagai tambahan, baja tahi ayam 10 - 30 kg/pokok/tahun dan dolomite 0.2-0.3 kg/pokok/tahun adalah disyorkan. 

Untuk mendapatkan pengeluaran buah yang seragam, tanaman nanas biasanya diaruh (induced) apabila berumur 9-10 bulan selepas diubah ke ladang. Penyediaan komersial boleh menggunakan campuran 300 ppm Ethrel dan 3% urea disembur dengan kadar 40 ml setiap pokok.

Jangkamasa Vegetatif: 3 tahun
Jangka hidup ekonomik: 20-25 tahun


Penuaian Nanas didapati bertindakbalasa dengan rawatan aruhan bunga. Secara purata, nanas akan berbunga dalam 30 hari selepas rawatan aruhan dilakukan dan buah boleh dituai selepas 125-130 hari. Daripada pemerhatian, secara purata, Nanas Pada ditanam di atas tanah gambut adalah lebih besar (2.3 kg) berbanding dengan yang ditanam di atas tanah mineral (1.5 kg). Buah boleh dimakan dalam masa 3 hari selepas dipunggut.

Kawalan Perosak dan Penyakit dijalankan dengan pemeriksaan perosak dan penyakit secara regular amat penting. Perosak biasa ialah koya dan ia boleh dirawat dengan semburan dimethoate. Belum ada rekod penyakit serious tanaman nanas di Sarawak.

Nanas Sarawak... Popular di Johor....
Nenas Josapine..... Sarawak kahwin Johor....
Nenas Moris..... Manis dan berduri.....
Nenas Free.... Itu yang di cari....

By
M Anem
Kuching, Sarawak,

Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...