Support My Blog

Saturday, July 10, 2010

LALANG



Tumbuhan lalang yang mudah tumbuh di tanah lapang di Gerisek, Muar, Johor.

Adakah anda tahu apa itu LALANG?

Lalang (Imperica cylindrica) adalah sejenis tumbuhan yang diketegorikan sebagai Rumpai di Malaysia. Lalang dari keluarga Poaceae mempunyai rizom yang cepat membiak dan terdapat di Asia, India, Micronesia, Australia dan Negara-negara Afrika. Lalang juga dipanggil sebagai Congograss atau Kunai Grass yang tumbuh dengan ketinggian 0.6 - 3.0 meter. Lalang mampu tumbuh di mana ada tanah, cahaya matahari dan air serta cepat membiak dan merupakan satu masalah kepada petani. Artikel ini saya tulis menceritakan perkara berkaitan tumbuhan lalang berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian hampir 30 tahun.



Lalang mudah membiak dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan.

Lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Kawasan tanah gambut yang lapang seperti di Bt 14, Air Hitam , Muar seluas 250 hektar di penohi lalang semenjak kawasan tersebut diterangkan dahulu. Walau pun telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis. Penulis masa kecil dulu pernah gigit rizom lalang kerana rasa manisnya!

Kebun kelapa yang semak dan ada tumbuhan 
lalang didalamnya di Muar, Johor.

Dalam sistem perkebunan di Malaysia, Lalang perlu dikawal pada peringkat awal penyediaan kawasan sebelum penanaman. Kawasan tanaman semula Getah dan Kelapa Sawit perlu di kawal pertumbuhan lalang untuk mempastikan lalang tidak menjadi masaalah kelak. Cara yang lazim dijalankan ialah dengan membajak tanah (Plough akan mengeluarkan rizom lalang dan memutuskan akarnya seterusnya meendedahkan kepada matahari). Cara lain ialah dengan menggunakan benih tanaman penutup bumi (Centrosema pubecens). Tiga jenis benih tanaman kacang penutup bumi di campurkan dan ditabur diantara barisan tanaman. Tanaman penutup bumi ini tubuh cepat mentutpi ruang tanah dan lalang tumbuh lambat sedikit. Kaedah lain mengawal masaalah lalang ialah dengan menggunakan racun rumpai.

Racun rumpai Jenis Sistemik sahaja mempu membunuh Lalang. Racun rumpai sistemik akan disembur pada daun lalang dan diserap kedalam semua bahagian sehingga ke bahagian akar dan mematikan lalang dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan. Semburan ulangan perlu untuk mempastikan lalang mati sepenohnya. Ada petani yang mengulangi semburan kawalan lalang dengan campuran racun sentuh selepas beberapa minggu bagi menpercepatkan kemusnahan lalang. Antara racun sistemik lalang di pasaran yang popular seperti Round-Up.

Lalang jika tumbuh dikawasan penanaman di kebun merupakan masaalah kepada petani. Lalang cepat membiak dan mengambil ruang penanaman. Selain itu lalang mengambil zat-zat makanan dalam tanah dan menjejaskan penghasilan tanaman. Kawasan yang ditumbuhi lalang juga sukar untuk di urus kerana susah nak berjalan dikawasan tersebut. Kadang2 rizom akar yang tumbuh di permukaan tanah tajam dan mencederakan kaki manusia jika tidak pakai kasut. Binatang Liar dan musuh tanaman juga mudah beselindung dalam kawasan lalang tebal yang tidak di kawal.

Walau pun lalang merupakan masaalah utama dalam pertanian di Malaysia tetapi terdapat juga faedah lalang. Antaranya ialah lalang yang tumbuh di lereng atau tebing tanah di cerun-cerun tanah di potong dapat membantu mengelakkan hakisan. Begitu juga dengan lalang yang terdapat di tebing sungai atai tepi jalan yang mengurangkan hakisan tanah. Terdapat juga lalang yang sesuai untu dijadikan hiasan seperti lalang berdaun merah. Jarang-jarang kita lihat lalang digunakan sebagai tanaman berfaedah kerana dalam pertanian lalang sering dianggap sebagai Musuh Utama Pertanian di Malaysia.

T
ANAH KOSONG...DI PENOHI LALANG....
TANAH BARU BUKA....TUMBUH DULU LALANG....
KALAU DAH TUMBUH.....PETANI RASA MALANG....
KATANYA SUDAH PASTI.... HASIL BERKURANG....
LALANG...LALANG...LALANG


By
M Anem
Pct 11

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...