Support My Blog

Thursday, July 15, 2010

Balut Tandan Pisang


Tandan pisang di Kebun En Philip di Melaka... Pembalut tandan?

Pisang
(Musa spp) merupakan sejenis tanaman popular dikalangan ramai petani di Malaysia. Keluasan tanaman pisang yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 adalah 31,500 hektar dengan anngaran pengeluaran hasil sebanyak 340,000 metrik tan. Kawasan utama penanaman Pisang adalah di Selangor, Perak, Johor dan Pahang sementara Sabah juga luas menanam pisang.  Terdapat lebih 10 jenis pisang yang popular di tanam di Malaysia seperti Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Mas, Pisang Lang, Pisang Rastali, Pisang Cavendish, Pisang Nangka, Pisang Awak, Pisang Embun dan Pisang Kapas. Kebanyakan penanaman pisang Berangan di tanam secara komersial dengan mengggunakan benih "tissue culture" daripada pembekal yang sah. Harga benih pisang berangan tisu kultur diantara RM 1.20 -.RM 1.50 sepokok. Daripada lawatan saya ke beberapa negeri minggu ini (Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah) mendapati amalan membalut buah berangan adalah penting. Artikel malam ini saya menulis satu tejuk teknikal mengenai pentingnya kita membalut buah pisang dalam 'Anim Agro Technology' untuk dibaca dan dijadikan rujukkan kepada pembaca semua berdasarkan kepada kajian, pemerhatian dan rujukan kepada buku-buku dan laman website yang berkaitan.



Kenapa tandan pisang berangan perlu diuruskan dengan sempurna?

Lawatan dan temubual saya dengan ramai petani di seluruh Malaysia mendapati petani yang menanam pisang berangan perlu faham akan isikandungan Pakej Teknologi Tanaman Pisang Berangan termasuk aspek pembelian benih tulin dan bermutu, pemasangan sistem pengairan pisang, pengurusan pembajaan dan pengurusan perosak serta penyakit serta perosak. Persijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia atau SALM akan dapat membantu meningkatkan kualiti hasil tanaman pisang berangan. Pada masa ini masaalah serangan Penyakit Moko dibeberapa kawasan di Semenanjung malaysia merupakan satu ancaman yang serius dan perlu ditangani. sila rujuk mengenai penyakit mokoo dalam blog ini untuk rujukkan - Sila Kilik disini. Tidak guna kita menjalankan aktiviti membalut tandan pisang jika pokok pisang kita diserang dengan penyakit moko yang disebabkan oleh sejenis Bakteria yang dikenalpasti sebagai Ralstonia solanacerum dan sukar untuk dikawal.

Kenapa tandan Pisang Perlu di Balut?
Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut adalah tandan yang sesuai iatu selepas jantung pisang dipotong atau dengan ayat lain apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan memang agak kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya adalah pahit. Bagaimana pun beberapa jantung pisang lain seperti Pisang Nipah amat disukai oleh ramai pengguna untuk dijadikan ulam dengan merebus dan dicecah dengan sambal belacan. Membalut tandan pisang dijalankan untuk memberikan perlindungan buah pisang daripada serangan musuh dan perosak, meningkatkan kualiti buah dan akhirnya memberikan pulangan yang optima. Cara membalut tandan pisang dimulakan dengan memasukkan plastik pembalut tandan pisang yang boleh diperolehi daripada kedai pertanian. Kebanyakan plastik pembalut tandan pisang adalah berwarna biru, agak tebal, kukuh agar tahan daripada terkoyak apabila ditiup angin kencang. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya. Bahagian pangkal pembalut pusang perlu diikat dengan kuat agar plastik tidak mudah terlucut sendiri atau apabila ditiup angin. Gunakan tangga yang sesuai ketika kerja-kerja membalut tandan pisang dijalankan.


Kenapa Balut dengan Plastik Warna Biru?

Saya memperhatikan kebanyakan petani menggunakan Plastik Nipis Berwarna Biru untuk membalut tandan pisang. Kenapa petani tidak menggunakan plastik berwarna HITAM atau Tanpa Warna atau (Plastik jernih) atau Kain Terpakai atau Kertas SuratKhabar atau Plastik Bekas Baja atau Guni Buruk dan lain-lain bahan pembalut?. Menurut En Philip yang menanam 15 ekar pisang Berangan di Pulau Gadong Melaka kata, "Tak tau lah En Anim... saya tengok orang pakai... saya pun beli dan gunakan".. Tetapi En Lim dari Pekan Pauh, Perlis berkata Plastik Biru memang sesuai untuk membalut pisang berangan di kebunnya kerana faktur dan alasan teknikal yang berikut:

a. Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
b. Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
c. Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang
d. Plastik warna biru mudah dilihat dari jauh
e. Plastik warna biru senang dibeli dari kedai pertanian
f. Harga adalah berpatutan

Saya dapati telah menjadi amalan penanam pisang berangan komersil untuk membalut tandan pisang dengan plastik warna biru. Plastik tersebut digunakan secara meluas kerana tahan dan praktikal. Kadang-kadang petua pertanian mudah macam ini merupakan ikutan sahaja tanpa kajian teknikal dan kefahaman oleh para petani. Walau pun ramai petani tradisional yang menanam pisang termasuk mereka yang menanam pisang dibelakang rumah tidak membalut tandan pisang seperti ladang komersil, aktiviti membakar sampah dibelakang rumah juga membantu mengahau serangga perosak dikawasan tanaman kerana asap mengandungi bahan nafthalene yang bertindak sebagai penghalau serangga perosak pisang. Diharapkan pembaca boleh tambah maklumat atau komen alasan kenapa perlu kitq untuk membalut tandan pisang berangan menggunakan plastik warna biru !

PISANG BERANGAN .... BUAH SETANDAN...
TANDAN DIBALUT .... GUNA PLASTIK BIRU....
CUKUP UMUR....TUAI JANGAN DILEWATKAN....
BUAH DIJUAL...DAPAT DUIT TERHARU...

By
M Anem
Georgetown,
Pulau Pinang,
MALAYSIA.
11 Julai 2010
(Updated on 18 Oktober 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...