Support My Blog

Friday, May 7, 2010

Limau Kasturi

Limau Kasturi (Citrus microcarpa) adalah sejenis tanaman dari keluarga Rutaceae iaitu Keluarga Limau. Limau Kasturi juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Calamansi, Acid Orange, Panama Orange dan Calamodin Orange. Tanaman ini banyak didapati di Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan lain-lain lagi. Keluasan tanaman Limau Kasturi di Malaysia direkodkan seluas 1,109 ha (2006) telah menurun kepada cuma 640 hektar (2009) dan anggaran pada 2010 cuma 700 hektar sahaja. Pengeluarannya juga menurun daripada 6,486 mt (2006) kepada cuma 5,380 mt pada tahun 2009. Penurunan keluasan tanaman limau kasturi ini mungkin disebabkan oleh bencana alam (Banjir 2006/ 2007 yang musnahkan banyak tanaman di Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Pontian dsb), Masaalah Serangan Penyakit CGD, Masaalah harga Pasaran dan sebagainya.

Pokok Limau Kasturi merupakan pokok renek yang mampu mencapai ketinggian sehingga 3-6 meter mempunyai dahan sederhana serta rimbun. Daunya berwarna hijau gelap dan mempunyai bunga berwarna putih. Buah limau kasturi (FOTO SEBELAH) bersaiz kecil, bulat dan berwarna hijau gelap dengan saiz buah mengikut kesuburan pokok lingkungan 25-35 mm garispusat tetapi kadang-kadang mencapai sehingga 45-50 mm. Buah yang masak akan menjadi warna kuning. Buah limau kasturi mengandungi jus atau air buah sangat masam walau pun ada yang masak agak manis juga. Kegunaan limau ini untuk masakan, minuman dan di proses untuk jus minuman, jeruk, halwa, dikeringkan dan sebagainya. Penggunaan limau kasturi dalam makanan seperti mee goreng atau kuey teow goreng juga popular. Limau ini mempunyai vitamin C sangat tinggi serta bahan nutrient lain seperti air, protein, niacin dan lain2 lagi.

Penulis pernah menjalankan projek tanaman limau kasturi di Kemengkang Jasin semasa bertugas di MIADP seluas 32 hektar. Projek Tanah Terbiar tersebut merupakan bekas tanah sawah yang dipulihkan dengan tanaman limau kasturi. Projek tersebut berjaya mengeluarkan antara 5-7 mt seminggu. Masaalah utama dihadapi ketika itu ialah untuk kos kerja-kerja memetik hasil dan harga pasaran yang tidak menentu. Kawasan yang sesuai mestilah yang tanah subur dan mempunyai saliran dan perparitan yang baik kerana limau kasturi tidak boleh terendam air. Kawasan baru perlu di bajak dan jika bekas sawah perlu dibuat batas tanaman. Benih Limau kasturi mudah di perolehi memalui kaedah Tut (Marcotting) pada induk yang dikenalpasti. Klon Tempatan digunakan dan harga benih antara RM2.50 - RM 4.00. Jarak tanam disyorkan adalah 1m x 2m atau mengikut kesesuaian batas (Tanah Rendah). Limau kasturi juga sangat sesuai di tanam didalam pasu atau kawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan yang berhasil. Pasu yang agak besar sesuai untuk tanaman limau kasturi.

Pembajaan dilakukan dengan Baja Asas Organik (3-5 mt/ha) dan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok peringkat awal dan Baja 12:12:17:2 (Baja Buah) dengan kadar sebanyak 40 gm/pk dinaikan berperingkat2. Kawalan rumpai dijalankan dngan cara manual atau racun rumpai. Cantasan adalah penting dibuat iaitu Cantasan Pembentukkan dan Cantasan Buang Tunas. Kekalkan paras ketinggian pokok limau kasturi dengan membuang batang utama dan buat lenturan dahan kerana ini akan memudahkan kerja-kerja mengutip hasil. Pokok yang tinggi menyukarkan memetik hasil dan sangat lambat. Kajian di Muar mendapati kos memetik limau kasturi antara RM0.40 - RM 0.80 sekilogram.

Antara masaalah tanaman limau kasturi ialah serangn Penyakit Citrus Greening Disease (CGD). Penyakit ini sangat merbahaya disebabkan oleh bakteria Canditatus Liberribacter dengan vektor pembawa dikenali sebagai Diaphorina citri. Kawalan penyakit ini dengan gunakan benih yang bebas CGD, Amalan Kultura dan Potong dahan-dahan yang ada tanda2 serangan. Semua penyakit limau manis juga menyerang limau kasturi seperti Ulat Pelombong daun, Koya, belalang, Cengkerik, Ulat makan daun dan sebagainya. Kawalan dengan bahan kimia dan kaedah IPM.

Kutipan hasil dibuat dengan memetik menggunakan pisau tajam dan elakkan memulas terus dari pokok kerana akan akibatkan kecederaan pada dahan dan bunga yang akan keluar kelak. Buah perlu di bersihkan dan digredkan mengikut saiz. Buah Limau Kasturi dimasukan kedalam kotak pemasaran untuk dihantar kepada pemborong atau Peuncit2. Pastikan buah dihantar ke pasaran dan Pusar Pemprosesan mengikut kesesuaian. Harga ladang di Muar pada 2009 untuk limau kasturi lingkungan RM 2.50 - RM 5.00 /kg. Air limau kasturi (FOTO SEBELAH) merupakan satu minuman yang sedap terutama jika tengah sangat dahaga dan kawan belanja!

NEGERI MELAKA ... ADA 5 HANG.....
HANG KASTURI ... ANTARA YANG GARANG....
MENANAM LIMAU....LIMAU KASTURI....
DALAM PASU BOLEH... DI KEBUN LAGI PASTI....
RASA MASAM.... TIDAK TERPERI.....
KALAU BOLEH .... CARI YANG FREE.....

By
M Anem
Air Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...