Tuesday, May 18, 2010

Kesan Perubahan Cuaca dalam Pertanian


Perubahan cuaca menyebabkan hasil pertanian terjejas.


Tahukan anda iklim dunia telah berubah?
Apakah sebenarnya kesan perubahan iklim dalam sektor pertanian? Ini merupakan persalan yang akan dibincang dalam artikel saya kali ini. Perubahan iklim akan memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman dan pengeluaran hasil serta kesan serangan penyakit serta perosak tanaman dalam bidang pertanian.

Di Malaysia telah dibuat kajian oleh NAHRIM bahawa perubahan iklim berlaku terhadap kadar hujan telah berlaku dengan peningkatan sebanyak 10% di Kelantan, Terengganu dan Pahang emanjak 10 tahun lepas. Pada keseluruhannya bagi Semenanjung Malaysia berlaku penurunan hujan sebanyak 5% di Selangor dan Johor. Kadar perubahan juga berlaku pada suhu sebanyak 0.7-1.4 darjah yang akan memberi kesan terhadap aktiviti pembiakan serangga perosak tanaman.

Pendapat ramai mengatakan sektor pertanian telah mengubah perubahan iklim dan ada yang mengatakan bahawa perubahan iklim akan mengubah sektor pertanian. Kalau di kaji secara terperinci kita akan mendapat jawapan. Dulu kebanyakkan kawasan di Malaysia adalah hutan dan telah di tukar kepada ladang kelapa sawit serta kawasan perbandaran. Ini memang memberi kesan terhadap iklim insitu. Dilaporkan bahawa pelepasan chloroflurocarbon oleh sektor pertanian jatih tempat ketiga selepas sektor tenaga dan pembuatan sebanyak 8%.

Kesan perubahan iklim ini akan memberi kesan serious kepada sektor pertanian terutamanya dalam subsektor pengeluaran bahan makanan negara. Ini berkait dengan keselamatan bekalan makanan negara seperti pengeluaran padi, sayur-sayuran, daging, telur, ikan dan sebagainya. Kesan terhadap fahkor perubahan HUJAN dan SUHU agak serious di Malaysia. kajian yang dibuat oleh pusat penyelidikan mandapati perubahan suhu sebanyak 25 darjah celcius menyebabkan penghasilan padi menurun sebanyak 9 -10%. Kajian oleh DSSAT di MADA Kedah pada 2009 mendapati jika suhu naik 2 darjah celcius menyebabkan putara penghasilan padi menurun dari 8 mt/ha kepada 7 mt/ha.

Dalam sektor ternakan kesan perubahan iklim juga memberi kesan terhadap pertumbuhan rumput rumpai dan kesihatan ternakan itu sendiri. Suhu keliling yang meningkat akan mengakibatkan penurunan produktiviti binatang ternakan. Ini kerana jika kesan suhu meningkat akan mengakibatkan binatang kurang selera makan yang akan melambatkan peningkatan berat badan.

Bagi sektor perikanan lebih ketara jika berkalu kenaikan sushu bumi terhadap pertumbuhan flora dan fauna terutamanya pertumbuhan plankton dan rumpai laut yang dimakan oleh ikan. Kawasan paya bakau yang merupakan kawasan penampan akan terjejas dimana jika berlaku perubahan iklim akan menjejaskan kualiti air, pH air, kemasaman air serta keselurohan ekosistem tersebut. Kesan terhadap spesis ikan terhadap perubahan ini mungkin berlaku dalam bentuk kekurangan makanan sesuai dan terdedah dengan pelbagai penyakit lain.

Bagaimana kita hendak menyesesuaikan keadaan perubahan iklim dalam sektor pertanian? Kita terpaksa menyesesuaikan (adaptation) sektor pertanian kita dengan keadaan ini. Dalam Sektor Tanaman kita kena ubahsuai corak pengurusan tanaman dengan lebih praktikal. Antara yang boleh kita laksanakan adalah dengan menncari dan menggunakan verieti2 tanaman baru yang lebih rintang penyakit (resistance) dan sesuai dengan cuaca kering atau kenaikan suhu bumi. Kaedah lain adalah dengan mengubahsuai kaedah atau cara pembajaan dan mencari baja sesuai agar penghasilan akan stabil atau lebih tinggi dengan berlakunya perubahan iklim. Kaedah ketiga adalah dengan mengubahsuai cropping pattern, jadual penanaman dan menentu lokasi baru yang sesuai jika berlaku perubahan iklim. Kita juga perlu meningkatkan lagi kaedah pengurusan serangan serangga dan penyakit serta pengawalan rumpai akibat perubahan cuaca. Kaedah lain ialah dengan meningkatkan cara pengurusan air sama ada Banir atau Kering Kontang akibat perubahan ini.

Pertanian mampan (Sustainable agriculture) sebenarnya merujuk kepada sistem dan amalan pertanian yang dijalankan oleh petani bagi mengekalkan pengeluaran hasil dalam jangkamasa yang lama tanpa merosakkan sistem tanah dan lain-lain sumber semulajadi. Sebagai contoh kaedah pertanian organik merupakan salah satu kaedah yang perlu digalakkan. Pertanian organik tidak menggunakan bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain yang mencemarkan anah, air serta kesan toksid yang berkaitan.


Pertanian sangat berkait rapat dengan Ekosistem. Manusia perlu bijak dalam menagani isu perubahan cuaca kerana ianya kritikal dalam proses pengeluaran hasil-hasil pertanian dan makanan. Amalan Agronomi dan Pembaharuan Teknologi perlu disesuaikan dalam sektor pertanian agar kuantiti penghasilan , harga bahan makanan dan sumber semulajadi dapat dimenafaatkan. Bagi mengatasi masaalah perubahan cuaca maka kita perlu bijak merangka pelan jangkapanjang dan pelan jangkapendek untuk mempastikan sektor pertanian terus ujud dalam membekalkan makanan kepada penduduk dunia yang berjumlah lebih 6.3 billion pada masa kini.

SUHU NAIK....TERNAKAN KURANG MAKAN...
HUJAN TERLEBIH...BANJIR TANAMAN ROSAK....
AIR TERCEMAR... IKAN BERKURANGAN...
AMALKAN GAP.... KECUKUPAN MAKAN TAK TERDESAK....

By
M Anem
DOA Johore

Malaysia
(Jun 2010)

1 comment:

Nor Hidayah said...

nak salin,nape tak boleh.:(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...