Support My Blog

Saturday, December 12, 2009

Kucai


Tanaman Kucai (Allium tuberosum) atau (Allium ramosum) adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah. Di Negeri Johor terdapat seluas antara 150 - 220 hektar tanaman kucai diusahakan petani pada setiap tahun. Tanaman ini boleh di gunakan sebagai Sayuran atau pun sebagai Bunga Hiasan di keliling rumah. Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian mengesyorkan tanaman kucai sebagai pilIhan untuk ditanam dalam pasu atau plastik beg dalam Program Bumi Hijau dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Artikel ini saya menulis mengenai tanaman kucai untuk bacaan anda.


Dipercayai Kucai mula di perkenalkan di Malaysia oleh kaum Cina yang suka makan kucai sebagai sayuran. Penanaman kucai secara komersil di kawasan sayuran dengan ditanam diatas batas dimana ianya banyak menggunakan bahan organan (Baja tahi ayam dsb). Tanah untuk tanaman kucai sesuai dari jenis lom berpasir, liat , gambut dan tanah mineral yang subur dan tidak mudah banjir. Sistem pengairan disediakan untuk menentukan bekalan air mencukupi. Kadar keperluan baja organik bergantung kepada jenis tanah (Mineral atau Gambut atau Pasir). Kucai adalah tanaman singkat masa yang memerlukan kaedah kawalan rumpai menggunakan racun 'pre-emergence'.

Di Malaysia penanaman Kucai lazimnya menggunakan bebawang (bulb) yang matang dan disusun dalam batas tanah sedalam 2-3 cm dalam tanah dengan jarak 30 cm x 50 cm. Peringkat awal penanaman perlu disiram 2 kali sehari sehingga kucai matang (lazimnya 50 -60 hari lepas tanam). Pembajaan menggunakan baja 15:15:15 sebanyak 15 gm sepokok dan di berikan secara berperingkat2. Elakkan dari menggunakan racun rumpai ketika hampir menuai tanaman kucai dan jika ada rumpai dibuang secara manual.


Kucai dituai dengan mencabut setiap rumpun dan dibersihkan tanah2 dari akar sebelum dibasuh dan dikumpulkan dalam bakul. Harga pasaran di ladang adalah lingkungan 80 sen - 1.20 /kg. Kucai dimasak sebagai sayuran segar atau digunakan untuk campuran dalam membuat kuih tradisional. Kucai mengandungi Vitamin C dan Vitamin B, Karotin dan yang istimewanya ada kandungan Belerang (Sulfur) yang dipercayai bagus untuk mengurangkan darah tinggi,penyakit sengugut, Kepituhan dan sembelit. Kajian klinikal mendapati kucai juga mengandungi antiseptik yang mampu membunuh kuman dalam perut dan sistem penghadaman usus. Kepada mereka yang berani boleh mencuba minum jus kucai dengan memasukan daun kucai dalam 'blender' dan minum setiap hari....


Kucai mengandungi banyak Vitamin C dan Vitamin A , Kalium dan Asid Folik yang sangat perlu untuk meningkatkan kesihatan. Kucai didakwa membantu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi dari sakit jantung dan strok dan juga membantu dalam proses mengurangkan lemak dalam badan. Daun kucai juga meningkatkan tahap imuniti badan dan menahan serangan dari bakteria. Selain itu daun kucai membantu mengelakan dari hidung tersumbat, mencegah nafas berbau, mengelakan sakit perut dan kurangkan tekanan darah tinggi. Ada juga kajian yang menunjukkan daun kucai mampu meningkatkan tahap kesihatan mata dan penglihatan. Semuga artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada anda.


MENANAM KUCAI ...DIATAS BATAS....
KUCAI DIMASAK....SAYUR PEDAS....
TANAMAN MUDAH...HASIL PANTAS...
BANYAK KHASIAT...DIMAKAN SEGAR... 

Oleh:
M Anem
DOA Muar
Johor, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...